awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM

Bernama
Bernama
25/10/2021
21:44 MYT
Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM
PNM berkata Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca mampu memupuk Keluarga Malaysia dalam membudayakan amalan membaca serta dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu telah mula diedarkan di 168 buah kedai buku terpilih dan boleh ditebus mulai 21 Okt sehingga 15 Nov melalui sebuah kedai buku secara dalam talian di laman sesawang www.e-sentral.com.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam kenyataan berkata ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).
"Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.
"Kedai buku terpilih ini adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya 500 orang penerima baucar terawal di setiap kedai buku terpilih berpeluang meniikmati baucar diskaun ini," menurut kenyataan ini.
Inisiatif Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui PNM dengan kerjasama MABOPA dan disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) serta MBA.
PNM berkata program berkenaan mampu memupuk Keluarga Malaysia dalam membudayakan amalan membaca serta dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku dan ia juga sebagai langkah kerajaan membantu merancak serta memulihkan semula industri buku tempatan.
Selain manfaat potongan diskaun, penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.
Segala maklumat lanjut mengenai promosi baucar buku dan senarai kedai-kedai buku yang terlibat dalam inisiatif ini boleh dilayari melalui laman sesawang www.semarakmembaca.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baucar buku
#Perpustakaan Negara Malaysia
#membaca
#penebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan