awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bauksit: Reman tiga kakitangan PTG Pahang dilanjut

Bernama
Bernama
09/08/2017
11:26 MYT
Bauksit: Reman tiga kakitangan PTG Pahang dilanjut
2 Ogos lalu, SPRM menahan sembilan kakitangan PTG Pahang di beberapa lokasi sekitar daerah ini, antara pukul 3.30 dan 3.45 petang kerana disyaki terlibat dalam perlombongan haram bauksit. - Gambar fail
Perintah tahanan reman terhadap tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit haram, dilanjutkan sehingga Isnin, 14 Ogos.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman hari ini, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamri.
"Permohonan reman terhadap suspek berusia antara 30 dan 40 tahun yang merupakan pegawai penguat kuasa PTG disambung ekoran masih terdapat dokumen yang perlu diteliti bagi melengkapkan siasatan," kata Mohamad Fadhly ketika ditemui pemberita.
Beliau menambah enam lagi kakitangan PTG yang turut ditangkap pada operasi khas SPRM berkaitan bauksit, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini.
Katanya enam suspek itu memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan berjanji akan hadir sekiranya mereka diminta untuk membantu siasatan walaupun tempoh reman telah tamat.
Pada 2 Ogos lalu, SPRM menahan sembilan kakitangan PTG Pahang di beberapa lokasi sekitar daerah ini, antara pukul 3.30 dan 3.45 petang kerana disyaki terlibat dalam perlombongan haram bauksit.
SPRM melancarkan operasi khas bauksit memandangkan operasi perlombongan di Bukit Goh dan Bukit Sagu masih berjalan, walaupun kerajaan telah mengenakan perintah moratorium sejak 15 Jan 2016, yang sepatutnya tamat pada 31 Dis depan.
Topic Berkaitan
#bauksit
#haram
#perlombongan
#PTG
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan