Bawa bertenang, "berselfie" pun salah ke? - Najib

Rahimah Abdullah
Februari 2, 2019 06:02 MYT
"Buat "selfie" pun salah?," tanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya susulan program di Langkawi, Kedah. - Foto Twitter Najib Razak
"Buat "selfie" pun salah?," tanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap
anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya susulan program di Langkawi, Kedah.
Malah, Najib sempat berpesan agar mereka bertenang kerana beliau sekadar 'jalan-jalan'.
"Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya? Rilekslah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja," katanya melalui status di lama Facebook.
BACA: "Janji minum pagi sahaja..." - Polis terima laporan program Najib di Langkawi
BACA: 'Jika dahulu Najib buat semua tu, mungkin dia masih lagi PM' - Tun Mahathir
Pada masa sama, beliau turut bertanya apa lagi larangan hendak dibuat ke atasnya selepas ini.
"Tahun lepas nak sekat saya main FB, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.
Apa lagi selepas ini?," ujarnya.
#Facebook #Kedah #Langkawi #menteri #Najib Razak #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #polis #selfie