NATIONAL
Bawa masuk warga asing secara haram, pegawai Imigresen ditahan

Jabatan Imigresen tidak akan sama sekali berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen mengesahkan penahanan seorang pegawai penguat kuasa pasukan itu kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.
Ringkasan AI
- Seorang pegawai penguat kuasa Imigresen di KLIA Terminal 2 ditahan kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.
- Semasa pemeriksaan, sembilan pasport Pakistan dan dua pasport Sri Lanka ditemui dalam sweater suspek.
- Pegawai tersebut diserahkan untuk siasatan lanjut dan Jabatan Imigresen menegaskan tidak akan berkompromi dengan pelanggaran integriti, termasuk tindakan berat seperti pemecatan jika disabitkan kesalahan.
"Ketika pemeriksaan, kita turut merampas sembilan pasport Pakistan dan dua pasport Sri Lanka yang disimpan dalam sweater suspek," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Zakaria memberitahu, pegawai berkenaan telah diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk siasatan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.
"Kita tidak akan sama sekali berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah di pintu-pintu masuk negara sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan dan negara," tegasnya.
Kata beliau, tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk membuang kerja jika disabitkan dengan kesalahan. bersalah.
Menurutnya, Jabatan Imigresen komited memastikan tahap integriti pegawai jabatan itu sentiasa berada di tahap maksimum.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami