awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayar ejen RM3,000 mahu pulang Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2023
02:50 MYT
Bayar ejen RM3,000 mahu pulang Indonesia
Antara yang ditahan dalam Op Pintas di Sabak Bernam, Selangor pada Khamis. - Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal dengan menggunakan khidmat Geng Indah yang mengenakan bayaran mencecah RM3,000 hanya memakan diri selepas diberkas di sekitar daerah ini pada Khamis.
Operasi itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Op Pintas kira-kira jam 8 malam itu berjaya menahan 15 individu termasuk enam PATI warga Indonesia.
Menurut sumber, enam PATI berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun itu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.
"Sembilan lagi ialah suspek yang berperanan sebagai ejen, tekong dan transporter.
"Suspek ini membabitkan dua lelaki tempatan serta tujuh Indonesia termasuk seorang wanita yang kesemua berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun," katanya.
Tambah sumber, kesemua migran membayar antara RM1,700 hingga RM3,000 untuk diseludup keluar melalui jalan laut dari Malaysia ke Indonesia oleh sindiket Geng Indah.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan terbabit.
"Operasi Op Pintas akan terus dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Pintas
#Geng Indah
#pati
#ejen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan