awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
MALAYSIA
Perkasa wanita melalui tindakan konkrit, bukan sekadar kata-kata - Dr Wan Azizah
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
09:51 MYT
Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara
YPM juga memaklumkan, orang ramai juga boleh memberikan sumbangan kepada YPM di mana penyumbang akan mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. - Gambar Ihsan YPM
KUALA LUMPUR: Umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk membayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara (YPM), bukan hanya di bulan Ramadan tetapi sepanjang tahun.
Antara yang membayar zakat menerusi YPM ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abd Latiff Ahmad yang menyerahkan bayaran zakat peribadinya.
Pembayaran zakat yang dilunaskan Dr Abd Latiff diterima Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Mohd Nizar Sudin.
“Saya menyeru agar semua penerima manfaat dan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA agar bersama-sama menyalurkan bayaran zakat anda kepada YPM, di mana YPM merupakan agen berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” kata Abd Latiff.
Dalam satu kenyataan, YPM memaklumkan, wang zakat yang diserahkan itu akan membantu golongan asnaf, B40 dan mereka yang layak.
YPM juga memaklumkan, orang ramai juga boleh memberikan sumbangan kepada YPM di mana penyumbang akan mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Menurut kenyataan itu, keistimewaan menyumbang dengan YPM adalah individu boleh menyalurkan sumbangan secara umum ataupun spesifik kepada skim atau program yang dikendalikan oleh YPM mengikut pilihan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Yayasan Pelajaran MARA
#YPM
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#zakat
#Dr Abd Latiff Ahmad
#Dr Mohd Nizar Sudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami