Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib

Bernama
Februari 24, 2018 20:48 MYT
Perdana Menteri dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang, hari ini. - Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada Jun dan Ogos ini.
"Saya tahu ramai tanya pasal BR1M. Sukacita saya umumkan bahawa bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos nanti.
"Bagi sesiapa yang ingin semak status, boleh ke ebr1m.hasil.gov.my," katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.
Najib dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang, hari ini.
-- BERNAMA
#Bantuan Rakyat 1Malaysia #BR1M #Najib Razak