KUALA LUMPUR:Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mula menuntut pemberian one-off sebanyak RM500 bermula Februari 2021 sebelum pembayaran mula diagihkan pada 1 Mac 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM dalam meneruskan perjuangan memerangi wabak COVID-19.
“Kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah mengumumkan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai pengorbanan dan komitmen anggota barisan hadapan KKM dalam menangani dan membendung penularan wabak COVID-19.
“Pemberian ini merupakan tambahan kepada Elaun Khas COVID-19 sedia ada yang dibayar kepada petugas kesihatan yang diarah untuk melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan wabak COVID-19 di KKM,” jelas Dr Adham.
Menurut kenyataan itu, individu yang layak menerima bayaran tersebut termasuk anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan wabak COVID-19 menurut Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 2 Tahun 2020 bertarikh 16 Mac 2020 dan Surat Edaran Ketua Setiausaha KKM pada 21 April 2020.
Sehubungan itu, Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM akan dikeluarkan bagi menjelaskan pelaksanaan pemberian tersebut.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa seramai 100,000 petugas barisan hadapan KKM bakal menerima bayaran one-off berjumlah RM500 itu.
Astro Awani
Thu Feb 11 2021

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM dalam meneruskan perjuangan memerangi wabak COVID-19. Foto - BERNAMA

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
Secara dasar, pindaan itu dirancang untuk mengawal dari berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli rumah.

Program Sambung Yang Tergendala akan diperluas - Shahril Hamdan
Menurut Shahril, maklum balas tentang program berkenaan juga memberikan input yang baru terhadap kumpulan sasar dan sebagainya.

AWANI Ringkas: PH tetap sokong Anwar calon Perdana Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aidilfitri: KKM diminta umum keputusan rentas negeri lebih awal
Pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.

Wanita maut terjatuh dari tingkat 18 kondominium
Mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kes import catat peningkatan, ini tumpuan kenyataan harian KKM
Sebanyak 20 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan COVID-19 dari luar negara, satu peningkatan berbanding semalam.

Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy
Panel pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan maklumat terbaru mengenai vaksin berkenaan.

Diabetes, penyakit jantung saling berhubung? Ketahui lebih lanjut di sini!
Malaysia mencatatkan kes kematian akibat diabetes sebanyak 26,452 daripada 3.6 juta pesakit berusia antara 18 hingga 99 tahun pada 2017.

COVID-19: 1,175 kes sembuh dicatatkan, ini 5 tumpuan kenyataan KKM hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Asas menangani pandemik adalah kerjasama, pasukan terbaik - Jemilah Mahmood
Biarpun negara mempunyai pasukan terbaik yang diperlukan, tanggungjawab menangani COVID-19 bukan hanya tugas Kementerian Kesihatan (KKM).

COVID-19: 1,139 kes baharu, empat kematian
Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

PKPD Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan
Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 513 ujian, 53 kes daripadanya positif.