MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) pada Khamis menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta.
Syarikat itu berkata jumlah yang dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM7 bilion, adalah tidak benar.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, MMC Gamuda berkata, selain kos pembinaan RM21 bilion untuk MRT 1, terdapat kos berkaitan lain seperti bayaran untuk perundingan kejuruteraan, pengukur bahan, kerja-kerja integrasi sistem, siasatan tapak, kajian topografi, kontingensi serta PDP.
Menurut syarikat itu, bayaran PDP adalah enam peratus daripada bahagian bertingkat kerja-kerja pembinaan dengan syarat ia menyelesaikannya dalam masa ditetapkan dan mengikut bajet.
Untuk menjelaskan mengenai jumlah RM40 bilion bagi keseluruhan tiga Laluan MRT, syarikat itu berkata, ia adalah cadangan konsep yang dibangunkan pada 2010 berdasarkan harga pada 2009.
"Ia tidak termasuk kos untuk kereta api elektrik dan pengambilalihan tanah.
"Penjajaran akhir semasa untuk MRT 1 dan MRT 2 adalah lebih panjang dari segi jarak dan lebih banyak stesen, yang telah meningkatkan kos pembinaan Projek MRT tersebut," kata syarikat itu.
MMC Gamuda berkata konsep cadangan yang dikemukakan adalah supaya ketiga-tiga laluan itu dibina serentak berbanding sekarang yang mana pelaksanaan satu-satu laluan secara berperingkat yang mungkin menelan kos pembinaan lebih tinggi.
Jelas syarikat tersebut, biarpun Projek MRT itu pada asalnya dicadangkan (dalam konsep cadangan) sebagai projek turnkey namun kerajaan memutuskan untuk melantik PDP bagi melaksanakannya yang disusuli pelantikan MMC Gamuda.
Selaku PDP, ia bertanggungjawab mengurus pembinaan jajaran bertingkat projek dan kesemua kontrak berkaitan dianugerahkan berdasarkan tender secara terbuka dan kompetitif.
Bagi pakej (pembinaan) bawah tanah, tiada pembabitan PDP kerana pihak MRT Corporation menawarkan tender antarabangsa, namun pelantikan MMC Gamuda sebagai kontraktor terbabit adalah berdasarkan harga tender paling rendah serta teknikal terbaik.
"MRT Corporation menguruskan kerja-kerja (pembinaan) bawah tanah itu," katanya.
Menurut syarikat itu, kesemua proses yang dijalankan itu juga adalah tertakluk kepada dua pengauditan setiap tahun iaitu oleh Jabatan Audit Negara serta penilaian bebas firma perkhidmatan profesional global.
Bagi kos pembinaan setiap kilometer bagi rel bandar berkenaan pula berbeza mengikut projek dan bandar berdasarkan penyelidikan oleh akademik antarabangsa.
"Ia juga merupakan amalan yang diterima seluruh dunia untuk menggunakan kos pembinaan yang tidak termasuk reka bentuk dan penyeliaan kejuruteraan, pembelian tanah antara lainnya.
"Sebagai contoh, kos pembelian tanah di bandar-bandar seperti Hong Kong dan Singapura (yang lebih tinggi) boleh memesongkan perbandingan kos pembinaan," kata syarikat itu.
MMC Gamuda berkata sebab-sebab perbezaan tinggi dalam kos pembinaan adalah perbezaan dalam ciri-ciri projek, kos buruh dan tahap penekanan ke atas keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
Berdasarkan kepada analisis (pada 2014) kos pembinaannya bagi sistem MRT di
49 bandar raya di negara maju dan membangun menunjukkan 38 bandar raya mempunyai sistem MRT lebih mahal berbanding MRT 1.
Syarikat itu berkata dengan proses tender terbuka yang adil dan telus, kos pembinaan diputuskan secara kompetitif oleh pasaran.
Pada masa depan MMC Gamuda berkata ia akan terus menumpu untuk menyiapkan pembinaan MRT 1 (Fasa 2) dan MRT 2.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan PDP untuk projek MRT 1 dianggarkan RM750 juta. - Gambar fail
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Perluas skop tugasan JAN, ketika ini di peringkat perbincangan - PM Anwar
Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) akan meliputi kerangka ombudsman.
Lelong kenderaan sita, JPJ kutip RM5.9 juta
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM5.9 juta hasil lelongan awam melibatkan 636 kenderaan sita di seluruh negara tahun ini.
PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
Peruntukan tambahan RM100 juta bagi urus kewangan, bajet kerajaan - Tengku Zafrul
Ini termasuk RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.
Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 kesan 11 isu punitif
Jabatan Audit Negara mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1.
LKAN: PDRM terlebih bayar selenggara helikopter
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, lebihan itu berlaku berikutan PDRM tetap membayar sepenuhnya meskipun helikopter berkenaan sudah tidak aktif lebih enam bulan.
LKAN: Kementerian Pertahanan tidak kenakan denda sejumlah RM116.54 juta
Ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT.
Kelewatan penyiapan IGFMAS Jabatan Akauntan Negara beri implikasi kewangan tambahan RM230.74 juta
Kelewatan penyiapan IGFMAS untuk Jabatan Akauntan Negara (JAN) di bawah Kementerian Kewangan telah memberi implikasi kewangan tambahan berjumlah RM230.74 juta kepada kerajaan.
JAN sahkan memo Ketua Audit Negara positif COVID-19
Memo itu dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada pengurusan kanan jabatan berkenaan.
Gegar buat laporan SPRM dakwa penyelewengan dalam Mimos Berhad
Gegar menggesa SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MIMOS termasuk individu dalam syarikat terbabit yang terlibat menguruskan perbelanjaan peruntukan kerajaan tersebut.