MALAYSIA

Bayi 12 bulan terperangkap dalam kereta

Sinar Harian 05/06/2025 | 08:59 MYT
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta berkunci di Taiping. Foto ihsan Bomba Perak -Sinar Harian
TAIPING: Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak selepas terperangkap di dalam sebuah kereta di Kawasan Perindustrian Kamunting di sini pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan diselamatkan selepas terperangkap dalam kereta yang terkunci secara automatik di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping.
  • Kejadian berlaku ketika bapa mangsa sedang membuka khemah untuk berniaga; pasukan bomba dari BBP Taiping tiba di lokasi selepas menerima maklumat pada jam 12.46 tengah hari.
  • Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit menggunakan peralatan khas, dan bayi berjaya dikeluarkan dengan selamat serta diserahkan kepada keluarganya.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 12.46 tengah hari.

“Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah diatur gerak ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa terperangkap selepas kereta tersebut terkunci secara automatik ketika bapanya sedang membuka khemah untuk berniaga,” katanya di sini.

Menurut beliau, anggota mengambil masa sekitar 10 minit untuk membuka pintu menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya. -Sinar Harian




#Balai Bomba dan Penyelamat #bayi perempuan berusia 12 bulan #terperangkap dalam kereta #Kawasan Perindustrian Kamunting