Bayi 3 bulan terperangkap dalam kereta di Johor

Bernama
Mac 3, 2020 03:05 MYT
Bomba mengambil masa kira-kira lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta bagi menyelamatkan bayi itu. -Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan terperangkap hampir 30 minit dalam kereta ibunya di hadapan sebuah rumah di Taman Universiti, di sini, pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Azlan Ramli berkata tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Skudai bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.20 pagi.
"Ketika kejadian, ibu bayi itu keluar dari kereta untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh.
"Kereta itu secara tiba-tiba terkunci dari dalam dan ketika kejadian enjin kereta hidup," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta bagi menyelamatkan bayi itu.
-- BERNAMA
#alat khas bagi membuka pintu #bayi #bayi lelaki berusia tiga bulan #bayi terperangkap dalam kereta #enjin kereta hidup #Johor Bahru #Mohd Azlan Ramli #rumah pengasuh #Skudai #Taman Universiti