MALAYSIA
Bayi baru lahir berbalut kain batik ditinggalkan depan tangga
Pasukan polis segera ke lokasi sebaik menerima maklumat penemuan bayi lelaki di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Gambar kecil: Bayi lelaki berbalut kain batik ditemui di hadapan tangga rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam beg berwarna hijau di hadapan tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, pada awal pagi Jumaat.
Ringkasan AI
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, bayi berkenaan yang dibalut dengan kain batik ditemui oleh seorang lelaki yang juga penghuni rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi itu pada jam 6 pagi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Pulau Gaya telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan awal.
“Hasil siasatan mendapati penghuni rumah terbabit menemui sebuah beg berwarna hijau yang mengandungi seorang bayi lelaki dibalut dengan kain batik, diletakkan di hadapan tangga rumahnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, bayi tersebut kemudian dibawa ke beranda rumah, dan penduduk segera menghubungi Ketua Kampung untuk memaklumkan kejadian.
Menurut Kasim, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
“Polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk kampung yang segera melaporkan kejadian tersebut.
“Perbuatan membuang bayi adalah satu jenayah serius dan tidak berperikemanusiaan.
"Justeru, masyarakat diseru agar sentiasa peka terhadap sebarang kejadian mencurigakan di kawasan masing-masing dan segera membuat laporan kepada polis bagi memastikan keselamatan komuniti,” tegasnya. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam beg berwarna hijau di hadapan tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.
- Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memohon kerjasama orang awam untuk membantu siasatan.
- Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu menzahirkan penghargaan kepada penduduk kampung yang segera melaporkan kejadian tersebut dan menyeru masyarakat agar peka terhadap kejadian mencurigakan.