awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi baru lahir ditemui atas meja gerai makanan

Zulhafiiz Brahim, Fadhil Selihin
Zulhafiiz Brahim, Fadhil Selihin
02/09/2022
14:27 MYT
Bayi baru lahir ditemui atas meja gerai makanan
Bayi tersebut telah ditemui oleh pemilik gerai berusia 30 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah gerai jualan di Batu 5, Jalan Tengah Nipah, Kampung Jaya Baru, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bayi berkenaan ditinggalkan dalam keadaan tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, bayi tersebut telah ditemui oleh pemilik gerai berusia 30 tahun.
Katanya, lelaki terbabit kemudian menghubungi polis dan pihaknya terus mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Bayi seberat 2.9 kilogram itu ditemui ketika lelaki terbabit baru saja melakukan persiapan untuk membuka gerai miliknya
“Bayi terbabit terus dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Sehubungan itu, Rohan Shah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ditalian 089-881255.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Marlisa Maedika @ Merdeka di talian 016-2194554.
Topic Berkaitan
#jumpa bayi
#buang bayi
#Lahad Datu
#gerai makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan