awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi dalam semak dinamakan Muhammad Ehsan Adha

Bernama
Bernama
05/09/2017
10:58 MYT
Bayi dalam semak dinamakan Muhammad Ehsan Adha
Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam plastik bersama-sama uri yang telah busuk di kawasan semak. - Gambar hiasan
Bayi lelaki yang ditemui di dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, Rompin dekat sini pada 27 Ogos lalu dinamakan Muhammad Ehsan Adha.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi itu kini ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
"Tahap kesihatan Adha (Muhammad Ehsan Adha) berada dalam keadaan memuaskan dan tidak mengalami kecederaan kecuali beberapa kesan gigitan serangga yang berkemungkinan disebabkan berada di dalam semak untuk tempoh 24 jam.
"Kesan gigitan serangga bagaimanapun telah hilang dan Adha kelihatan semakin aktif dan menyusu dengan baik di bawah jagaan JKM," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam plastik bersama-sama uri yang telah busuk di kawasan semak sekitar 10.15 malam oleh seorang peniaga Mohd Safarin Mohd Shahir.
Mohd Safarin mendakwa dia dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang lelaki Pakistan yang pada mulanya menyangka plastik tersebut berisi anak kucing sebelum kembali dan memeriksa isi kandungan plastik berkenaan beberapa jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pemeriksaan kesihatan mendapati bayi seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan dalam keadaan cukup bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#Muhammad Ehsan Adh
#Pahang
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan