MALAYSIA
Bayi dibawa keluar tanpa kebenaran dari hospital ditemui selamat di Kota Bharu
Datuk Dr Zaini Hussin berkata insiden itu berlaku pada 6.40 petang Ahad, sebelum pihak hospital segera mengaktifkan "Kod Pink" sebagai langkah kecemasan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan yang dibawa keluar tanpa kebenaran dari Wad Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya ditemui dalam keadaan selamat bersama ibunya di sebuah rumah di sini pada Selasa lepas.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata insiden itu berlaku pada 6.40 petang Ahad, sebelum pihak hospital segera mengaktifkan "Kod Pink" sebagai langkah kecemasan.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sepasang individu membawa keluar bayi berkenaan, laporan polis dibuat dan pencarian dalaman digerakkan dengan bantuan pasukan keselamatan.
"Lawatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa lepas berjaya mengesan bayi itu bersama ibunya yang berusia 29 tahun. Pemeriksaan kesihatan mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Zaini merakamkan penghargaan kepada PDRM atas tindakan pantas serta kerjasama erat dalam memastikan keselamatan bayi berkenaan.
Beliau berkata pihak hospital juga akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur operasi standard bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Beliau berkata siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, namun sehari kemudian bayi itu dikesan dibawa pulang oleh sepasang individu sebagaimana dirakam CCTV hospital.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang bayi perempuan yang dibawa keluar tanpa kebenaran dari Wad Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II berjaya ditemui dalam keadaan selamat bersama ibunya di sebuah rumah di Kota Bharu, dua hari selepas insiden berlaku.
- Kod Pink diaktifkan serta-merta oleh pihak hospital dan siasatan mendapati bayi itu dilahirkan di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan, namun kemudian dibawa pulang oleh sepasang individu sebagaimana dirakam CCTV.
- Jabatan Kesihatan Kelantan dan PDRM menjalankan pencarian bersama dan berjaya mengesan bayi serta ibunya dalam keadaan stabil. Hospital akan mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard bagi mengelakkan kejadian berulang.