NATIONAL
Bayi dibuang dalam sungai, hospital dan klinik swasta akan diperiksa
Mayat bayi lelaki dijumpai tersangkut pada batu dalam sungai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. Gambar kecil: Ku Mashariman
KUALA LUMPUR: Polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta di ibu negara berhubung kes mayat bayi lelaki dibuang ke dalam sungai di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.
"Setakat ini belum ada suspek ditahan. Kita akan memeriksa hospital dan klinik swasta bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini (Sabtu)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam kejadian pada Jumaat, siasatan awal mendapati seorang saksi di tempat kejadian telah melihat objek menyerupai mayat tersangkut pada batu dalam sungai, sebelum menghubungi polis pada jam 2.05 petang.
Hasil siasatan mendapati jasad tersebut merupakan bayi lelaki masih bertali pusat yang kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mayat bayi lelaki ditemukan tersangkut pada batu dalam sungai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat.
- Polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta untuk mengesan rekod wanita yang baru melahirkan anak.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.
"Setakat ini belum ada suspek ditahan. Kita akan memeriksa hospital dan klinik swasta bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini (Sabtu)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam kejadian pada Jumaat, siasatan awal mendapati seorang saksi di tempat kejadian telah melihat objek menyerupai mayat tersangkut pada batu dalam sungai, sebelum menghubungi polis pada jam 2.05 petang.
Hasil siasatan mendapati jasad tersebut merupakan bayi lelaki masih bertali pusat yang kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit. -Sinar Harian

#bayi
#tersangkut pada batu
#Jalan Klang Lama
#hospital dan klinik kesihatan swasta
#rekod wanita baru melahirkan anak