Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Bayi dipercayai lahir di tempat lain sebelum ditinggalkan depan tandas

Bernama 15/11/2025 | 12:22 MYT
Siasatan dan pemeriksaan polis di lokasi tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran. - Gambar hiasan/Unsplash
BUTTERWORTH: Bayi perempuan yang ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada Khamis lepas dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata siasatan dan pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan ibu bayi tersebut dan mereka mempunyai maklumat diminta membantu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penemuan bayi yang masih bertali pusat itu oleh orang awam.

Bayi itu yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

-- BERNAMA

#Bayi ditinggalkan #Sungai Dua #polis #bayi depan tandas