MALAYSIA
Bayi ditemui dalam rumah belum siap di Bachok
Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Gunong hari ini. - Foto Sinar Harian
BACHOK: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Gunong di sini hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu oleh petugas Klinik Kesihatan Mahligai di sini pada 8.45 pagi tadi.
"Bayi lelaki ini ditemui tanpa berpakaian dan dibalut menggunakan sehelai kain berwarna hijau di dalam rumah yang masih dalam pembinaan oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan.
"Pemeriksaan awal yang dilakukan doktor mendapati bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun terdapat kesan kemerahan pada bahagian muka disyaki baru dilahirkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Ismail berkata bayi itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab
"Pihak kami menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Nurul Aida Jafar di talian 014-2714926 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui dalam rumah yang masih dalam pembinaan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Gunong.
- Bayi ditemui tanpa pakaian, dibalut dengan kain berwarna hijau, dan tidak mengalami kecederaan fizikal.
- Polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.