awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi dua bulan maut di taska, pengasuh telah ditahan - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/10/2023
06:34 MYT
Bayi dua bulan maut di taska, pengasuh telah ditahan - Polis
Jenazah Qaseh Aulia dipangku oleh bapanya, Faizul Ali Adam, selepas bayi itu disahkan meninggal dunia, Selasa lalu. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasuh sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan, Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pengasuh berkenaan ditahan untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan.
"Pihak polis menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kejadian bayi meninggal dunia di taska berkenaan.
"Susulan itu, pengasuh yang berusia 40-an itu telah ditahan untuk dirakamkan percakapan namun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama kerana suspek mempunyai anak kecil. Suspek berkahwin dengan orang tempatan," katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.
BACA: Baru dua hari hantar ke taska, bayi dua bulan maut
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Qaseh Aulia Faizul yang baru berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.
Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia pada hari kedua mangsa dihantar ke taska berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata setakat ini, tiga individu termasuk ibu bapa mangsa telah dirakamkan percakapan.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan... pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat bayi berkenaan.
"Difahamkan taska tersebut mempunyai lima cawangan keseluruhannya," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#bayi maut di taska
#pengasuh ditahan
#Kota Damansara
#Qaseh Aulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan