awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala

Bernama
Bernama
07/01/2024
13:22 MYT
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas. - Gambar fail
NILAI: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Nilai pada 9.30 pagi memaklumkan kematian bayi tersebut.
"Bayi itu dibawa ke klinik berkenaan oleh seorang wanita dari kawasan Rumah Rakyat Nilai.
"Siasatan awal mendapati, pada hari kejadian wanita itu memberi susu kepada mangsa yang dijaganya dan kemudian diletakkan secara mengiring di atas 'toto' sebelum mendapati susu mengalir keluar daripada mulut bayi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu kemudian mengangkat bayi berkenaan serta menepuk belakangnya sebelum meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Nilai.
"Pemeriksaan awal pihak klinik mendapati tiada tanda-tanda bayi itu masih hidup kerana tidak menunjukkan tindak balas semasa diperiksa," katanya menambah hasil pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal tubuh badan mangsa.
Namun, Abdul Malik berkata hasil post-mortem dilakukan di Hospital Tuanku Ja'afar semalam mendapati punca kematian bayi itu disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan tiada sebarang kesan kecederaan pada luaran tubuh mangsa.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan ke atas mana-mana individu dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#cedera di kepala
#Polis Daerah Nilai
#Rumah Rakyat Nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan