awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2025
00:00 MYT
Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki. - Gambar hiasan
KUALA LANGAT: Seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan berkaitan kematian bayi lelaki berkenaan sebelum itu dibuat seorang doktor pada jam 3.29 petang.
Menurutnya, bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.
"Pemeriksaan mendapati bayi itu tiada nadi serta tidak bernafas selain tiada pergerakan anak mata apabila disuluh menggunakan lampu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Mohd Akmalrizal berkata, doktor kemudian memberi bantuan pernafasan (CPR) serta oksigen kepada bayi itu sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya.
"Hospital menerima bayi itu pada jam 4.35 petang sebelum memberikan bantuan CPR selama lebih 30 minit.
"Bagaimanapun tiada tindak balas diberikan sebelum bayi itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati premis taska terbabit tidak berlesen.
"Semakan dijalankan turut mendapati permohonan telah dihantar namun belum diluluskan.
"Setakat ini tiada tangkapan dijalankan, pengusaha dan pekerja terbabit telah diambil keterangan untuk siasatan lanjut," katanya.
Mohd Akmalrizal berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Sebarang maklumat atau info berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan pihak polis," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi
#meninggal dunia
#taska
#Mohd Akmalrizal Radzi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan