awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki 20 bulan, warga British ditemui di Taman Tasik Titiwangsa

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2013
05:36 MYT
Bayi lelaki 20 bulan, warga British ditemui di Taman Tasik Titiwangsa
Freddie Joseph ditemui di Taman Tasik Titiwangsa tengahari tadi. -- foto Bernama
Bernama melaporkan bahawa, Freddie Joseph, kanak-kanak yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar semalam telah pun ditemui di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Freddie Joseph, kanak-kanak berusia 20 bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar, semalam, ditemui di Taman Tasik Titiwangsa hari ini
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 9, 2013
Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi.
Menurut laporan Bernama, kanak-kanak terbabit diselamatkan oleh seorang pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.
Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, kanak-kanak yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih itu berada di dalam keadaan keletihan dan kelaparan.
Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.
Ku berkata mangsa dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.
"Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya.
Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.
Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.
"Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya.
Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Topic Berkaitan
#Bangsar
#culik
#Freddie Joseph
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan