awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di hentian bas

Bernama
Bernama
31/10/2022
14:31 MYT
Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di hentian bas
Bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi.
"Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumpa bayi
#Seri Kembangan
#hentian bas
#taman sungai besi indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan