MALAYSIA
Bayi lelaki maut, lapan cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang
Mangsa ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini, hari ini.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11 pagi.
Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan kekuatan tujuh anggota digegaskan ke lokasi.
"Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan, sebuah kereta Nissan X-Trail, sebuah Honda City dan sebuah Proton X70.
"Bayi lelaki berkenaan ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan pada 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang lelaki juga tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tujuh lagi mangsa yang cedera dengan identiti belum dikenal pasti telah dibawa ke hospital oleh pihak KKM sebelum pasukan bomba tiba dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.40 pagi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bayi lelaki berusia setahun maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, manakala lapan lagi cedera.
- Mangsa ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia; seorang lelaki turut tersepit dan dihantar ke hospital.
- Tujuh mangsa lain cedera telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba; operasi tamat sepenuhnya pada 11.40 pagi.