awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/03/2024
09:41 MYT
Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam dengan keputusan 'pending laboratory investigation' - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 2.31 petang, pada hari kejadian.
Menurut beliau, bayi tersebut dihantar pertama kali oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 pagi, namun kira-kira dua jam kemudian bapa mangsa menerima panggilan daripada pengurus pusat asuhan terbabit yang mengatakan mangsa tidak sedarkan diri.
"Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam namun disahkan mati setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal menambah, bedah siasat dijalankan antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang keesokan harinya di hospital sama dengan keputusan 'pending laboratory investigation' (menunggu hasil siasatan makmal).
Beliau memberitahu, pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.
Siasatan kes itu katanya dijalankan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, polis selesai merakam percakapan pengasuh dan pekerja pusat asuhan.
Sementara keterangan ibu bapa mangsa, katanya, akan diambil selepas urusan pengkebumian selesai.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang justifikasi berhubung kes tersebut sebelum siasatan selesai.
Sebuah media memetik datuk mangsa sebagai berkata, mangsa mati kerana dipercayai tersedak susu.
Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#pusat asuhan
#bayi meninggal dunia
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan