awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lima bulan maut tercampak keluar kereta dalam kemalangan di Dungun

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2014
09:10 MYT
Bayi lima bulan maut tercampak keluar kereta dalam kemalangan di Dungun
Foto Astro AWANI
Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya dalam kemalangan di kilometer 110, Jalan Jerangau-Jabur, berhampiran Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (Ambs), Dungun.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengahari itu, Muhammad Ammar Mohd Sobri, lima bulan, cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu Noor Aini Abu Bakar, 30, seorang jurutera Petronas di Bintulu, Sarawak dipercayai hilang kawalan.
Kenderaan berkenaan dikatakan berpusing dan terbalik di tempat kejadian.
Turut berada di dalam kereta yang dipandu Noor Aini ialah ibunya, Norsiah Ahmad, 60 dan adiknya Nor Asikin, 28 iaitu ibu kepada mangsa, Muhammad Ammar.
Noor Aini yang patah tangan kiri serta ibunya yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun manakala Nor Asikin cedera ringan dan dirawat di hospital sama.
Seorang jururawat Klinik 1 Malaysia, Kuala Dungun, Farah Suzi Suliaman, 30 yang melalui kawasan berkenaan membantu mangsa kerana bimbang digilis kenderaan lain.
Menurutnya, tiga penumpang dan pemandu kereta yang tersepit di tempat duduk diselamatkan dengan bantuan orang ramai .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung asal mereka di Kampung Tuk Randok, Ajil,Hulu Terengganu.
Topic Berkaitan
#bayi tercampak
#kemalangan
#Ketua Polis Daerah
#Superintendan Ahmad Zailani Yaacub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan