awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL
SUKAN
Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers
MALAYSIA
Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Bayi mangsa dera masih hidup, akan dipindah ke wad biasa hari ini - Polis Melaka

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2025
04:50 MYT
Bayi mangsa dera masih hidup, akan dipindah ke wad biasa hari ini - Polis Melaka
Dzulkhairi ketika sidang akhbar Majlis Penutup Kursus Asas LSF Siri 1/2025 Kontinjen Melaka di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka pada Jumaat. -Sinar Harian
MELAKA: Bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki menjadi mangsa dera kedua ibu bapanya terus menunjukkan perkembangan positif dan dijangka dipindahkan ke wad biasa pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki menjadi mangsa dera menunjukkan perkembangan positif dan dijangka dipindahkan ke wad biasa.
  • Ketua Polis Melaka menepis dakwaan berita palsu bahawa bayi tersebut telah meninggal dunia dan menasihatkan masyarakat untuk tidak menyebarkan berita palsu.
  • Pasangan ibu bapa bayi tersebut telah direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, keadaan kesihatan bayi yang semakin baik itu sekali gus menepis dakwaan berita palsu bahawa bayi comel berkenaan telah meninggal dunia.
Menurutnya, keadaan bayi yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka sejak malam Isnin lalu, kini beransur pulih selain diberi susu oleh kakitangan PICU yang bertugas.
"Tidak betul dakwaan kononnya bayi tersebut telah meninggal dunia, ia adalah palsu.
"Bayi itu kemungkinan boleh keluar PICU dan akan dipindahkan ke wad biasa pada hari ini (Jumaat) namun semuanya bergantung kepada laporan perubatan doktor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas Majlis Penutup Kursus Asas Light Strike Force (LSF) Siri 1/2025 Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini pada Jumaat.
Justeru, Dzulkhairi menasihatkan supaya masyarakat lebih bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mengganggu siasatan dan perasaan waris mangsa.
"Siasatan awal kita syak ibu bapa mangsa iaitu pasangan muda yang berusia 22 tahun serta baru dikurniakan anak tunggal yang terlibat (kes dera ini).
"Setakat ini juga siasatan hampir lengkap sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya mungkin dalam sehari dua ini," ujarnya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan bahawa bayi tersebut kini bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.
Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.
Katanya, bayi terbabit kemudian dirujuk ke Hospital Melaka dan hasil pemeriksaan oleh doktor pakar menemui kesan lebam dan luka pada badan serta leher bayi, selain pendarahan lama dan baharu dalam kepala.
"Doktor yang merawat telah membuat laporan polis selepas mengesyaki bayi tersebut menjadi mangsa penderaan.
"Difahamkan juga, si bapa turut menepuk dada bayi tersebut beberapa kali kerana berang dengan tangisannya, manakala si ibu disyaki telah menghempas bayi itu ke lantai,” katanya.
Susulan insiden kekejaman yang menimpa bayi itu, pasangan suami isteri itu yang juga penganggur telah direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen sehingga Selasa ini selepas disyaki mendera bayi sulung mereka.
Hakim Haderiah Siri membenarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi
#mangsa dera
#Polis Melaka
#ibu bapa bayi direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami