awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi masih mempunyai uri ditemui di bawah kolong rumah

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2021
16:27 MYT
Bayi masih mempunyai uri ditemui di bawah kolong rumah
Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Dasar Baru, malam Selasa. - Gambar hiasan
LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Dasar Baru, malam Selasa.
Bayi berkenaan dijumpai lebih kurang jam 7.30 petang oleh penduduk kampung, yang kemudian membawa bayi malang tersebut ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah, ACP Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata bayi yang masih mempunyai uri itu ditemui oleh seorang wanita tempatan berusia 27 tahun.
Katanya, sebelum penemuan bayi itu, wanita berkenaan telah mendengar suara bayi menangis dan anjing menyalak dari arah bawah kolong rumahnya.
"Ekoran itu, wanita berkenaan bersama suami dan abangnya telah memeriksa bahagian bawah rumah mereka dan menemui seorang bayi tertiarap di atas tanah berlumpur dan mengejarkannya ke hospital.
"Doktor yang merawat bayi berkenaan menganggarkan bayi lelaki itu dilahirkan dalam lebih kurang tiga atau empat jam sebelum ditemui," katanya.
Menurut Rohan Shah, bayi lelaki dengan anggaran berat satu kilogram dilahirkan dalam keadaan pramatang, dianggarkan pada 28 minggu (7 bulan).
Rohan memberitahu bahawa bayi tersebut dalam keadaan tidak stabil dan telah dimasukkan di Wad Unit Rawatan Rapi Bayi untuk rawatan dan pemantauan lanjut.
Susulan kejadian ini, Rohan Shah berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah mendedahkan atau membuang kanak-kanak itu.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
"Kita menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Aspalainah Mohd Zain di talian 0111 9019728 atau mana-mana balai polis berhampiran," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Kanak-kanak
#bayi
#unit rawatan rapi
#bayi ditemui
#Hospital Lahad Datu
#Kampung Dasar Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan