awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2022
06:54 MYT
Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
Penahanan suspek yang berusia 15 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar tangkapan layar Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang remaja perempuan yang juga dipercayai suspek pembunuhan seorang bayi ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman di sini, bermula hari ini hingga Selasa depan.
Penahanan suspek yang berusia 15 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, Majistret Tengku Eliana diiringi polis ke hospital dan tiba pada jam 12.40 tengahari bagi membolehkan perintah reman dilaksanakan terhadap suspek.
BACA: Bayi ditemui maut dengan kesan tikam di dada
Bayi Maut | Ditikam di bahagian kiri dada
AWANI Ringkas: Bayi baru lahir maut ditikam
Pada Selasa, seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kmaman, Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya.
Suspek berusia 15 tahun dipercayai meminta pertolongan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan tentang kelahiran bayi berkenaan.
Topic Berkaitan
#bayi ditikam di kiri dada
#suspek remaja 15 tahun
#Hospital Kemaman
#ditahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan