MALAYSIA
Bayi meninggal dunia dengan kesan lebam, ibu bapa angkat ditahan
Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam pada badan di sebuah kondominium di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.34 malam daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan, memaklumkan bahawa anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tersebut.
"Sepasukan anggota polis segera ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan kebiruan serta mempunyai kesan lebam pada badannya.
"Sepasang suami isteri berusia 38 dan 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat pada Khamis bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
"Mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat," ujarnya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang bayi perempuan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam pada badan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki yang juga suspek dalam kes tersebut.
- Sepasang suami isteri berusia 38 dan 50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
- Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat, dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.