awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2024
09:36 MYT
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Polis menahan pengasuh tersebut selepas ibu bapa bayi itu membuat laporan polis, Ahad lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Reman terhadap seorang pengasuh di Bandar Dato’ Onn di sini dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki akibat didera.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Raub Selamat berkata, perintah reman dilanjutkan terhadap wanita berusia 36 tahun itu bermula Isnin hingga Rabu.
"Sebelum ini, suspek telah direman enam hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Kita telah mendapatkan kebenaran Mahkamah Johor Bahru di sini untuk melanjutkan tempoh reman selama tiga hari bermula esok hingga Rabu ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad
Terdahulu, media melaporkan polis menahan pengasuh tersebut selepas ibu bapa bayi itu membuat laporan polis, Ahad lalu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi patah kaki
#disyaki didera
#reman pengasuh dilanjut
#Bandar Dato Onn
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan