Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Bayi perempuan baru lahir ditemukan di tepi rumah di Subang Jaya

Bernama 27/10/2025 | 16:10 MYT
Polis sedang mengesan individu yang meninggalkan seorang bayi perempuan baru dilahirkan di tepi sebuah rumah di Subang Jaya, pagi tadi. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang meninggalkan seorang bayi perempuan baru dilahirkan di tepi sebuah rumah di Subang Jaya dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai penemuan bayi itu pada 10.27 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bayi yang cukup sifat itu ditemukan di dalam sebuah beg berwarna biru dalam keadaan tidak berpakaian dengan uri masih berdarah.

"Bayi seberat 2.6 kilogram itu kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Wan Azlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp B. Vanithabdi talian 017-2229832 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-7862 7222.

-- BERNAMA


#bayi perempuan baru lahir #bayi ditemukan #tepi rumah #Subang Jaya