awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan berbalut tuala ditemui di kebun kelapa sawit di Sri Gading

Bernama
Bernama
11/04/2020
06:25 MYT
Bayi perempuan berbalut tuala ditemui di kebun kelapa sawit di Sri Gading
Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong. - Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan tuala, ditemui masih hidup di sebuah kebun kelapa sawit di Sri Gading dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.30 petang berkaitan penemuan bayi itu.
Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong.
"Pihak polis kemudian membawa bayi berkenaan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dekat sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bayi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azhan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat kes terbabit boleh berhubung dengan Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363452.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#bayi
#bayi ditemui
#buang bayi
#Hospital
#polis
#siasatan
#Teluk gading
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan