Bayi perempuan dijumpai di tangga flat

Sinar Harian
Oktober 16, 2018 12:44 MYT
Bayi perempuan yang ditemui penduduk flat berkenaan. -Foto Sinar Harian
Penduduk di Flat Desa Permai, di sini, menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di tangga flat berkenaan, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan telah menjumpai bayi tersebut pada jam 11.15 malam sebelum membawanya ke balai polis berhampiran.
“Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dalam sebuah beg warna emas dan lengkap berpakaian serta dibedung,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
#bayi perempuan #beg warna emas #Flat Desa Permai #Hamzah Alias #Kanun Keseksaan #Seksyen 317 #tangga flat