awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditemui dibuang dalam kotak di kebun sawit

Aira Abdul
Aira Abdul
06/01/2021
10:06 MYT
Bayi perempuan ditemui dibuang dalam kotak di kebun sawit
Bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran kira-kira jam 1.50 tengah hari.
BERA:Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di dalam kotak di kebun kelapa sawit berhampiran Pejabat Risda Kemayan di sini, pada Rabu.
Difahamkan, bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran kira-kira jam 1.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam dan segera menghantar anggota ke lokasi kejadian.
"Apabila polis sampai di tempat kejadian iaitu di tepi sebuah kebun sawit, kita mendapati bayi itu yang diletakkan di dalam kotak masih hidup.
"Polis memaklumkan kepada pihak Klinik Kesihatan Kemayan dan bayi berkenaan kemudian dibawa ke klinik itu untuk pemeriksaan lanjut," katanya di sini, pada Rabu.
Bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing.
Bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing.
Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Katanya, polis sedang giat menyiasat lanjut kes itu untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#dalam kotak
#bayi perempuan
#kebun sawit
#kesejukan
#Bera
#polis
#Mansor Samsudin
#pemancing
#Memancing
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan