Bayi perempuan lengkap berpakaian, bersarung tangan dan kaki ditinggalkan

Vivi Sumanti
April 24, 2018 04:10 MYT
Seorang bayi perempuan ditemui lengkap berpakaian di tangga sebuah rumah di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai awal pagi tadi.
Bayi malang itu ditemui penduduk kampung sekitar jam 6.30 pagi selepas mendengar tangisan dari rumah berkenaan.
Ketika ditemui bayi malang itu lengkap berpakaian, bersarung tangan dan kaki selain dibalut dengan kain sarung wanita.
Tidak dapat dipastikan sama ada rumah itu berpenghuni atau tidak.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan berkata bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan dengan niat hendak membuang kanak-kanak yang berusia kurang daripada 12 tahun.
#bayi malang #bayi perempuan #dibuang #ditinggalkan #Kampung Bechah Salak #Kelantan #Kuala Krai #rumah kosong #tangisan