awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi rentung, ibu bapa melecur rumah pekerja terbakar di Beluran

Bernama
Bernama
11/05/2017
23:39 MYT
Bayi rentung, ibu bapa melecur rumah pekerja terbakar di Beluran
Disebabkan lokasi yang jauh iaitu kira-kira 215 kilometer, anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa tujuh jam untuk sampai di tempat kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda. - Gambar hiasan
Seorang bayi rentung manakala ibu bapanya cedera melecur dalam kebakaran satu blok rumah pekerja di Ladang Tangkarason Maridian Plantation Sdn Bhd di Beluran, kira-kira 215 kilometer dari sini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kebakaran itu berlaku pada kira-kira 8 malam Rabu tetapi pihak bomba hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.45 pagi Khamis.
Mayat bayi perempuan berusia sebelas bulan itu dikenali sebagai Ainur Jiman hanya dikeluarkan dari kawasan kebakaran oleh pihak polis pada kira-kira jam 2 petang Khamis dan dihantar ke Hospital Pitas untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan malam tadi.
"Disebabkan lokasi yang jauh iaitu kira-kira 215 kilometer, anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa tujuh jam untuk sampai di tempat kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda," katanya.
Beliau berkata bapa kanak-kanak itu, Jiman Alimudin, 25, dan ibunya Aditri Rahman, 24, yang melecur di beberapa anggota badan kini dirawat di hospital sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#Kanak-kanak
#kebakaran
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan