awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh

Bernama
Bernama
11/05/2021
16:47 MYT
Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh
Kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Bayi lelaki sembilan bulan yang meninggal dunia dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya pada 27 April lepas, disahkan diliwat suami pengasuhnya sehingga mengalami kesan pendarahan serta koyakan di bahagian dubur.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek lelaki yang berusia 36 tahun, yang berada di bawah pengaruh dadah.
"Ketika kejadian suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi tersebut di dalam bilik yang dikunci selama dua jam, sebelum menemukan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh si suami yang mengaku sebagai pengasuh bayi terbabit," katanya katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Katanya selain terdapat beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa, dipercayai akibat dimasukkan benda tumpul, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.
Susulan daripada laporan yang diterima daripada seorang pegawai perubatan, polis menahan pasangan suami isteri itu, masing-masing berusia 36 tahun yang disahkan positif dadah jenis syabu di kediaman mereka pada 29 April lepas.
Katanya suspek lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya akan dijadikan saksi pendakwaan dan akan dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan berasingan, polis menahan seorang pelajar lelaki warga tempatan berusia 24 tahun disyaki membunuh rakannya di tempat letak kenderaan Bandar Sunway, Subang Jaya, pada Ahad lepas.
Beliau berkata mayat mangsa berusia 24 tahun, ditemukan dalam keadaan penuh dengan kesan tikaman pada Khamis lalu, di kawasan pembinaan bersebelahan bangunan kediaman milik suspek di Damansara Perdana, Petaling Jaya.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua belah tangan suspek cedera, dipercayai akibat pergelutan dengan si mati menyebabkan suspek menerima 100 jahitan di sebuah pusat perubatan swasta.
"Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati, suspek positif dadah jenis ganja tertahydrocannabinol dan polis berjaya menemukan pakaian milik suspek yang berlumuran darah, dipercayai dipakai semasa kejadian," katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mohamad Fakhrudin, motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham tentang hasil jualan dadah, serta masalah hutang dan suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#diliwat
#pangsapuri
#Kelana Jaya
#suami pengasuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan