MALAYSIA
Bayi sembilan bulan maut nahas empat kenderaan
Keadaan kenderaan terlibat kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Kampung Bukit Grebar di Setiu pada Rabu. - Foto Info Bencana Terengganu
SETIU: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Kampung Bukit Grebar di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.27 pagi itu, mangsa, Nur Athiya Inara Isnorizal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia dipandu bapa mangsa, Isnorizal Ismail, 25, dari arah Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Perodua Axia lain yang sedang berhenti untuk membelok ke kanan.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berpusing dan dilanggar pula oleh sebuah Honda Accord dari arah bertentangan.
“Kenderaan Honda Accord berkenaan kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi Honda Accord yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Zain berkata, mangsa bersama bapanya dan ibunya, Nur Azzahra Manaf, 25, yang turut mengalami kecederaan ringan, dikejarkan ke Hospital Setiu sebelum bayi berkenaan dipindahkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia jam 8.09 malam ketika dirawat di zon kecemasan HSNZ.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Beliau berkata, bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan otak teruk (Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischaemic Encephalopathy).
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian