awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi terima 13 jahitan di kepala, leher dilibas bapa

Raffi Bachik
Raffi Bachik
12/12/2017
10:52 MYT
Bayi terima 13 jahitan di kepala, leher dilibas bapa
Keadaan bayi dan ibunya yang cedera setelah dilibas parang dalam kejadian lewat pagi Isnin. -Astro AWANI
Angkara cemburu, seorang wanita dan dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun cedera dilibas suami menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di Tehel, Bemban di sini lewat pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Jasin, deputi Suprintendan Arshad Abu berkata berlaku pertengkaran di antara suspek yang berusia 33 tahun dan isterinya sebelum insiden itu bertukar menjadi peristiwa berdarah dalam kejadian sekitar 3 pagi tadi.
Arshad berkata suspek bertindak demikian selepas ditegur isterinya yang tidak berpuas hati berikutan suaminya sudah dua minggu tidak bekerja selain menagih dadah.
Ketika kejadian, wanita berusia 27 tahun itu sedang mendukung salah seorang anaknya di ruang tamu rumah sebelum suspek yang berang bertindak mengambil pisau di dapur dan melibas senjata berkenaan ke arah isteri dan anak-anaknya.
Namun setelah melihat keadaan isteri dan anaknya yang cedera, suspek menghubungi ibu mertuanya untuk datang dan membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.
Akibat tindakan lelaki berkenaan, wanita itu mengalami kecederaan di kedua-dua belah lutut, jari serta kepala dan menerima 17 jahitan.
Sementara itu, anaknya yang berusia lima tahun mengalami kecederaan di perut dan seorang lagi cedera di kepala serta leher dan menerima 13 jahitan.
Tambah Arshad, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis sekitar 2.30 petang tadi di hadapan sebuah hotel di bandar raya Melaka.
Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah dan pihak polis sedang mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Jasin pada esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bayi
#libas anak
#libas isteri
#menagih dadah
#pisau pemotong sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan