MALAYSIA
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh
Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Ampang dan hasil pemeriksaan perubatan mendapati bayi berkenaan mengalami patah tulang paha kiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami patah tulang paha kiri dipercayai akibat pengabaian ketika berada di bawah jagaan seorang pengasuh di Taman Koperasi Polis, di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 9 Januari lalu kira-kira jam 2.38 petang.
Menurut beliau, mangsa didapati mengalami bengkak pada bahagian paha kiri selepas dihantar pulang daripada rumah pengasuh berkenaan sebelum dibawa oleh ibu bapanya ke hospital kerana tidak berhenti menangis.
“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Ampang dan hasil pemeriksaan perubatan mendapati bayi berkenaan mengalami patah tulang paha kiri.
"Laporan polis telah dibuat oleh seorang doktor,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan.