awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi tujuh bulan rentung kereta dipandu bapa terbakar

Bernama
Bernama
27/11/2023
06:12 MYT
Bayi tujuh bulan rentung kereta dipandu bapa terbakar
Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi. -Facebook IRDK
KUALA KRAI: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Fadzil Musa berkata mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh.
"Pihak bomba terima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan pada pukul 4.04 pagi membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.
"Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala bapa dan ibu mangsa Nur Hasidah Razmi, 25, yang cedera ringan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi rentung
#langgar tiang lampu
#Jalan Gua Musang-Kuala Krai
#kereta terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan