awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman dihidupkan semula - Annuar Musa

Bernama
Bernama
18/03/2021
10:13 MYT
Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman dihidupkan semula - Annuar Musa
Menurut Annuar, demi memenuhi rayuan peniaga bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja untuk benarkan bazar dibuka, tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di Lorong Tuanku Abdul Rahman, mulai 17 April ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan dibuka semula pada 17 April ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
"Demi memenuhi rayuan peniaga bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja untuk benarkan bazar dibuka, tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di Lorong Tuanku Abdul Rahman, mulai 17 April ini," kata Annuar menerusi Twitter rasminya hari ini.
Pada tahun 2019, tapak bazar berkenaan dipindahkan ke Jalan Raja bagi mengatasi isu berbangkit termasuk aspek kebersihan, tadbir urus dan pihak yang mengambil kesempatan mengaut untung atas angin.
Selasa lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi tahun ini dengan mengikut SOP yang ketat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bazar aidilfitri
#Lorong Tuanku Abdul Rahman
#lorong tar
#Annuar Musa
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan