awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Kompleks Segama hambar menjelang Aidilfitri

Bernama
Bernama
07/04/2024
02:11 MYT
Bazar Kompleks Segama hambar menjelang Aidilfitri
Penduduk yang ditemu bual memberitahu mereka memilih untuk beraya secara sederhana dan membeli-belah dalam talian. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Bazar Kompleks Segama di sini merupakan antara kawasan tumpuan utama penduduk negeri ini bagi membeli persiapan setiap kali sambutan Aidilfitri, namun tahun ini suasana yang biasanya meriah bertukar hambar.
Peniaga yang ditemui Bernama mengeluh barangan persiapan Aidilfitri tidak mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya, sementara penduduk ditemu bual memberitahu mereka memilih untuk beraya secara sederhana dan membeli-belah dalam talian.
Peniaga barang kemas dan beg, Saidah Mataru, 34, yang sudah berniaga di situ sejak enam tahun lepas mengakui merasai perbezaan tahun ini apabila pengunjung sangat kurang.
"Tetapi tahun ini, walaupun Hari Raya tinggal beberapa hari saja lagi pembeli kurang, cuma hari ini saja ada ramai sikit datang ke sini berbanding hari-hari sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Saidah berkata keadaan itu mungkin kerana beberapa faktor antaranya banyak kedai di Segama ditutup selepas pandemik COVID-19 menyebabkan kekurangan pilihan, selain pembeli telah beralih ke pusat membeli-belah yang berhawa dingin.
Mignaline Rudy, 27, turut merasai perubahan itu apabila aksesori mutiaranya yang sentiasa mendapat sambutan dahulu sangat kurang pembeli tahun ini.
Beliau yang mula berniaga di situ sejak 2018 berkata kawasan Segama kini hanya menjadi tempat lalu-lalang malah penjual boleh tidur kerana banyak masa lapang.
"Biasanya 10 hari lagi hari raya, tempat ini memang akan sesak dengan pembeli tetapi sekarang tinggal empat hari lagi, kurang pembeli," katanya yang bersyukur kain sarung yang dijualnya pada harga RM8 sehelai masih mendapat sambutan.
Katanya restoran di depan gerainya juga mendapat tempias kerana kebiasaannya waktu berbuka penuh pelanggan tetapi kini hanya boleh dikira dengan jari sahaja.
Sementara itu, pelajar Politeknik Kota Kinabalu Nurnabila Abd Khalid, 20, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok Nurtijaniah Sabtu, 20, memberitahu mereka memilih untuk membeli secara dalam talian.
"Kalau dalam talian contohnya di TikTok lebih murah berbanding beli di kedai sebab boleh dapat dengan harga yang rendah, ada juga menyediakan baucar dan penghantaran percuma terutamanya musim perayaan," kata Nurnabila.
Dayang Fatimah Nawi, 52, berkata beliau hanya membeli kuih raya yang ditempah daripada kawan-kawan kerana lebih mudah berurusan selain sudah saling mengenali.
Bagi Nurfatimah Zulkefli, 24, pula beliau memilih untuk membeli baju secara dalam talian kerana dengan harga RM100, beliau boleh memiliki dua pasang baju dengan penghantaran percuma.
"Membeli dalam talian lebih mudah, tidak perlu bersesak-sesak, paling penting tiada lagi situasi meredah kesesakan jalan raya, cuma kalau membeli dalam talian kena beli awal supaya sampai sebelum Hari Raya," katanya yang berasal dari Sandakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Bazar Kompleks Segama
#persiapan hari raya
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan