Pengguna terutama suri rumah diminta menggunakan hak sebagai pengguna untuk memboikot peniaga yang gagal menjaga kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di bazar Ramadan di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Katanya, sudah tiba masanya orang ramai membuat pilihan yang bijak dengan memilih premis yang bersih dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan jabatan kesihatan agar tidak mengundang kes keracunan makanan.
"Buat masa ini kita tidak terima aduan lagi, tetapi kita ada dengar cakap-cakap orang makan sampai sakit perut, jadi saya mohon pengguna segeralah buat aduan kepada kita agar tindakan tegas dapat kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan "Ops Bazar Ramadan" di Taman Mahsuri di sini, petang semalam.
Dalam operasi tersebut, seramai 40 pegawai dan anggota yang terdiri kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, pegawai Jabatan Kesihatan negeri dan anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) terlibat dalam operasi yang bermula 4.30 hingga 7 malam.
Katanya, sekiranya peniaga atau pengendali makanan tidak mematuhi peraturan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kompaun maksimum sebanyak RM5,000 boleh dikenakan.
"Ini tidak termasuk kesalahan-kesalahan di bawa Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut menyediakan denda yang berat kepada pengendali makanan yang mengabaikan aspek kebersihan diri dan premis," katanya.
Katanya, pemantauan di bazar Ramadan akan berterusan hingga akhir Ramadan ini bagi memastikan keselamatan dan kebersihan makanan terjamin.
Katanya, sejak awal Ramadan, aktiviti pemantauan telah diadakan terhadap 62 premis pembekal bahan-bahan mentah seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan barangan runcit di negeri ini.
Ini termasuklah tujuh premis pembekal ais untuk pastikan bahan-bahan mentah yang dibeli dan digunakan bazar Ramadan berkualiti dan selamat untuk dimakan.
Mengikut rekod, sehingga minggu kedua Ramadan, sebanyak 3,065 premis di bazar Ramadan telah diperiksa di mana sembilan notis kompaun telah dikeluarkan dan 178 arahan pembetulan telah diberikan kepada pengusaha premis terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2017
Orang ramai disarankan menggunakan hak sebagai pengguna dengan membuat pilihan bijak. - Bernama
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.