awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan: Peniaga sebabkan keracunan makanan berdepan denda, pembatalan lesen

Bernama
Bernama
25/03/2024
07:25 MYT
Bazar Ramadan: Peniaga sebabkan keracunan makanan berdepan denda, pembatalan lesen
Peniaga bazar Ramadan di Johor yang didapati tidak mengutamakan aspek kebersihan sehingga menyebabkan keracunan makanan kepada pembeli berdepan tindakan denda atau pembatalan lesen. -Gambar hiasan
KULAI: Peniaga bazar Ramadan di Johor yang didapati tidak mengutamakan aspek kebersihan sehingga menyebabkan keracunan makanan kepada pembeli berdepan tindakan denda atau pembatalan lesen.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengendalikan sebarang aduan berhubung perkara itu.
"KKM ada pemeriksaan rutin di bazar Ramadan sama ada peniaga memenuhi spesifikasi ditetapkan kementerian itu.
"Sekiranya ada aduan, tindakan juga boleh diambil PBT sama ada denda atau pembatalan lesen penjaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tiga kes keracunan makanan dipercayai akibat makanan yang telah basi dijual peniaga bazar Ramadan di Johor baru-baru ini.
Sementara itu Mohd Jafni berkata beliau menjangka penurunan pembuangan sampah tiga peratus pada Ramadan tahun ini berdasarkan kesan positif pelaksanaan Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran dan MySave Food@Ramadan yang dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di 35 bazar sejak 17 Mac lepas.
Beliau berkata program itu berjaya menyelamatkan 1,339.95 kilogram (kg) makanan dan minuman daripada dilupuskan.
Menurutnya lebih 51,600 tan sisa dilupuskan di tujuh tapak pelupusan di Johor sepanjang Ramadan tahun lepas iaitu penurunan 3.28 peratus berbanding lebih 53,300 tan pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#keracunan makanan
#makanan basi
#pembatalan lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan