Bazar Ramadan tidak dibenarkan jika PKP lanjut

Astro Awani
April 3, 2020 07:53 MYT
Jika PKP tamat sebelum Ramadan, MKN akan membuat SOP bagi penganjuran bazar Ramadan. Gambar fail/ Bernama.
Bazar Ramadan tidak dibenarkan jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, jika PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.
"Bagi pasar (bazar) Ramadan... mesyuarat tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar (bazar) Ramadan tidak dibenarkan.
"Bagaimanapun, jika PKP ini ditamatkan (sebelum Ramadan), maka seperti saya sebutkan, pihak MKN akan menyediakan SOP mengenainya selepas PKP (tamat)," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
#COVID19 #DBKL #ismail sabri yaakob #kerajaan #keselamatan #Kuala Lumpur #Media #menteri #operasi #Ramadan #SOP