[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
MALAYSIA

BBC sambut baik pengumuman penghargaan buat rakyat oleh PM

Seth Akmal 23/07/2025 | 06:08 MYT
Pengerusin BBC, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, inisiatif tersebut dilihat mampu meredakan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini. - Foto JPM
KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan MADANI atau Backbenchers Club (BBC) menyambut baik pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyambut baik pengumuman insentif seperti SARA untuk Semua dan pemberian RM100 melalui MyKad sebagai usaha meringankan kos sara hidup.
  • BBC turut mengalu-alukan pelaksanaan program Jualan Rahmah MADANI, pengekalan harga tol dan penurunan harga RON95 yang memberi manfaat langsung kepada B40 dan M40.
  • BBC menegaskan sokongan penuh terhadap dasar-dasar kerajaan yang dianggap memahami realiti rakyat serta menyeru orang ramai terus bersama mendukung usaha MADANI.


Pengerusinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, inisiatif tersebut dilihat mampu meredakan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

Katanya, pelbagai pendekatan diumumkan kerajaan memberi kesan langsung kepada golongan B40 dan M40.

“BBC percaya inisiatif seperti ‘SARA untuk Semua’, pemberian RM100 secara 'one-off 'melalui MyKad adalah satu langkah yang menyentuh terus rakyat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mohd Shahar menambah, langkah itu merupakan kali pertama dilaksanakan dan mampu memberi ruang perbelanjaan yang lebih selesa kepada penerima.

Beliau turut mengalu-alukan pengekalan harga tol serta perluasan program Jualan Rahmah MADANI yang memberi manfaat besar kepada pengguna.

Menurutnya, penurunan harga RON95 kepada RM1.99 juga satu langkah berani dan memberi kesan positif kepada ekonomi isi rumah.

“Ini menunjukkan kerajaan sedar dengan realiti yang berlaku di bawah sana dan tidak hanya melihat dari sudut pelaksanaan dasar semata-mata,” katanya.

Tambah beliau lagi, pendekatan yang digerakkan ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam memahami denyut nadi rakyat.

Beliau turut menegaskan sokongan penuh BBC terhadap langkah-langkah yang diumumkan kerajaan dalam menangani kos sara hidup.

BBC juga menyeru rakyat agar bersama-sama menyokong usaha Kerajaan MADANI demi kesejahteraan bersama.


#Anwar Ibrahim #golongan B40 #kos sara hidup #Parlimen #backbenchers Club