MALAYSIA
BBP Rantau Panjang dipindah ke lokasi baharu
Nordin ketika ditemui pemberita bersempena lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor hari ini. -Foto Bernama
TUMPAT: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang yang sering kali terjejas akibat banjir, akan dipindahkan ke lokasi lebih strategik tahun depan, kata Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi.
Ringkasan AI
Beliau berkata kerajaan melalui JBPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk kerja-kerja awal termasuk pembelian peralatan, rawatan tanah dan penyediaan tapak.
Menurut beliau, pemilihan tapak baharu akan mengambil kira akses ke jalan utama, aspek keselamatan serta kesesuaian geografi.
"BBP Rantau Panjang akan menjadi yang kedua selepas BBP Beufort di Sabah dipindahkan berikutan banjir. Pembinaan balai baharu Rantau Panjang dijangka bermula tahun depan, dengan peruntukan tambahan akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Hari Ujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir Monsun Timur Laut 2025 di BBP Pengkalan Kubor di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan.
Nordin berkata pemindahan BBP Rantau Panjang yang terletak di satu daripada kawasan panas banjir, adalah penting bagi memastikan operasi menyelamat penduduk terjejas akibat bencana itu dapat dijalankan dengan lancar.
"Balai sedia ada dinaiki air setiap tahun, menyukarkan akses ke jalan utama dan seterusnya menjejaskan pergerakan pasukan penyelamat ke kawasan sekitar," katanya sambil menambah JBPM akan berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang musim monsun ini.
Sementara itu, Nordin berkata JBPM turut menubuhkan Pasukan gerak Cepat di seluruh negara terdiri daripada 29 pasukan.
Beliau berkata pasukan yang terdiri daripada pegawai dan anggota terlatih daripada Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan serta Unit Penyelamat Air (PPDA) akan dikerah sebaik menerima makluman atau ramalan cuaca yang menunjukkan hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir.
"Pasukan ini boleh digerakkan dari seluruh negara bagi memastikan tindak balas segera. Selain itu, JBPM mempunyai Pusat Pangkalan Hadapan (RFB) di Wakaf tapai, Terengganu, yang memberi perkhidmatan di Pantai Timur," katanya.
RFB menempatkan logistik seperti lori dan bot bagi memudahkan penggerakan segera semasa banjir, selain menyokong keperluan tenaga kerja dan logistik di negeri-negeri bersebelahan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JBPM akan pindahkan Balai Bomba Rantau Panjang ke lokasi strategik tahun depan dengan peruntukan awal RM3 juta bagi kerja tapak dan peralatan.
- Pemindahan penting kerana balai sedia ada sering dinaiki air, menyukarkan operasi banjir; pembinaan baharu akan dimohon peruntukan tambahan di bawah RMK13.
- BPM menubuhkan 29 pasukan gerak cepat dan menyediakan Pusat Pangkalan Hadapan di Wakaf Tapai, Terengganu untuk sokongan logistik dan operasi banjir di Pantai Timur.