KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd (BCorp) menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan sebuah entiti yang menggunakan nama palsu, Berjaya Investment Bhd, yang mendakwa sebagai gabungannya.

Justeru, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang penipuan menerusi e-mel itu.

BCorp tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Berjaya Investment dan laman webnya https://berjayainvestments.com serta https://bfcap.net, menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Bcorp menjelaskan perkara itu selepas menyedari wujudnya penipuan e-mel melibatkan individu yang menyamar sebagai pengawainya dan memberi gambaran palsu bahawa syarikat bernama Berjaya Investments Bhd, laman web https://berjayainvestments.com dan https://bfcap.net serta penggunaan nama Berjaya Financial Corporation, Datuk Tan Sri Chong and Keith Hunt, sebagai gabungan BCorp Group.

Ia menjelaskan bahawa tidak mempunyai sebarang penglibatan dengan mana-mana gabungan dan individu yang mendakwa sebagai pekerja syarikat atau BCorp, serta pengumpanan dan amalan palsu mereka.

"Modus operandi penipuan ini melibatkan pengumpanan bagi pelaburan perniagaan atau usaha niaga perniagaan. Kami telah melaporkan penipuan ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan selanjutnya boleh diambil," jelasnya.

BCorp mengingatkan orang ramai supaya tidak membalas mana-mana pengumpanan menerusi e-mel daripada mana-mana pihak atau individu yang menyamar sebagai syarikat, gabungannya atau pegawainya yang mencurigakan.

"Orang ramai jangan tidak memberi maklum balas atau komunikasi dengan penghantar e-mel terbabit atau memberi maklumat peribadi dan kewangan kepada pihak penghantar e-mel," jelasnya.

Ia juga menyeru orang ramai supaya tidak mengklik pada pautan atau membuka lampiran dalam e-mel terbabit kerana tidakan itu boleh mengakibatkan perisian hasad atau virus dipindahkan ke komputer penerima.

-- BERNAMA